Walaupun Turki tiada apa-apa pertalian peribadi, namun situasi di Turki menyediakan ruang kegembiraan di hati ini. Kurang lebih 80 tahun lampau, Kamel Artatuk yang dianggap bapa pemodenan Tu
rki telah membina kebangkitan negara tersebut dengan acuan Eropah yang kuat digagaskan kepada pegangan sekular. Bapa sekular Turki tersebut dianggap sebagai wira pemodenan Turki tetapi beliaulah juga yang dilihat sebagai tonggak utama mengikis ketamadunan Islam di Turki. Namun setelah sekian lama, kebangkitan pemikiran Islam dalam persada politik negara mula menampakkan hasil bila mana pada 2002, Recep Tayyip Erdogan telah berjaya terpilih sebagai Perdana Menteri Turki yang pertama berpegang pada prinsip Islam setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan sekular yang diasaskan oleh Kamel Artatuk.

Recep Tayyip Erdogan

Kamel Artatuk
Beberapa laporan dipetik mengatakan bahawa pemilihan AKP untuk terus memimpin Turki adalah berdasarkan prestasi yang telah ditonjolkan dalam membina semula kekuatan ekonomi dan demokrasi di Turki. Jika Turki, salah satu negara Islam yang telah disekularkan sekian lama boleh mengembalikan kegemilangan Islam. Bagaimana pula dengan negara-negara 'Islam' yang lain? Semakin kembali kepada paksi Islam atau semakin disekularkan?
No comments:
Post a Comment