
Kali ini tidaklah aku berjoli sakan sebab setakat 3 kali kunjungan yang lalu, sudah lebih 100 judul buku aku perolehi. Namun pada kali ini, hanya sekadar AUD$13 dilabur dengan 15 judul buku diperolehi berserta 20 naskah komik 'Jackie Chan' menjadi habuan anak-anak. Tetapi apa yang amat mengembirakan sangat aku ialah kejayaan mendapatkan naskah agung bidang kajian aku...buku umpama kitab bidang kajian aku ini telah lama diburu, namun harga 'second hand' pun aku rasa amat mahal. Tinjauan di Amazon.com menunjukkan nasakah buku ini (terpakai)' Communication of Innovations' termurah ialah US$55.00. Tetapi pada hari ini aku berjaya mendapatkannya dengan harga hanya AUD$1.50 dengan berjilid keras lagi (hard cover).
Kepada ulat buku sekitar Brisbane, LifeLine Bookfest berlangsung dari 17 Jan. hingga 25 Jan. 2009 di Brisbane Convention Center.
Kepada ulat buku sekitar Brisbane, LifeLine Bookfest berlangsung dari 17 Jan. hingga 25 Jan. 2009 di Brisbane Convention Center.
No comments:
Post a Comment