Tuesday, April 21, 2009
Why 'they' boycott Durban II...
Monday, April 20, 2009
Durban Conference 2009 - What a shame
Tuesday, April 14, 2009
Antara Kabinet Baru & Lama
* Pengertian adalah hak individu manakala makna adalah hak penyampai.

Monday, April 13, 2009
Terima Kasih Pak Lah
Sebagai anak jati Pulau Pinang dan sebagai rakyat Malaysia, walaupun aku agak kurang senang dengan politik Pak Lah dari segi kepimpinan negara, malah tak pernah aku minta apa-apa atau projek walaupun dia 'sekampung' dengan ayah aku, dengan ikhlas diucapkan Terima Kasih dan selamat meneruskan bulan madu dengan Tun Jeanne. Sebagai tatapan dan kenangan detik-detik terakhir sebagai PM Malaysia, dipamerkan foto yang disiarkan oleh surat khabar berpengaruh di bumi kangaroo ini...'The Australian' bertarikh 2 Mac 2009.
Thursday, March 12, 2009
Renungi kisah Lebai Malang
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengasihi". (Al-Anfal:53)
Ayat di atas merupakan sepotong ayat yang amat klise dirujuk apabila merayu kepada orang Melayu khususnya untuk berubah. Tak kira siapa yang berkata atau berkuliah atau bertitah, ayat tersebut merupakan senjata psikologi untuk 'menakutkan' orang Melayu khusunya. Orang Melayu majoritinya pula takut dan sujud akan kalimah Allah ini kerana tradisi atau budaya orang Melayu itu sendiri...hal ini seakan melebihi pula 'taat' kepada Allah. Bagi mereka yang sering mentelaah tafsir Quran (BUKAN terjemahan Quran), falsafah di sebalik ayat itu cukup berkesan dan terkesan. Bangsa menurut tafsir Ibn Kathir (tafsiran yang cukup mahsyur) dalam ayat di atas adalah golongan yang menentang beriman dengan Allah. Saya memilih 'beriman' bukannya patuh atau taat kerana konotasinya cukup besar. Peringatan atau amaran menerusi ayat itu adalah Allah maha pemurah dan pengasih bagi mereka yang tidak berpaling dengan keimanan kepadaNya. Sejajar dengan hakikat bahawa Quran diturunkan untuk kebaikan seluruh alam, ayat tersebut di atas tanpa ragu terpakai samada seseorang itu seorang Islam atau bukan Islam (tak kira samada bangsa Melayu, Cina, India, Barat dsbg). Quran bukan untuk orang Islam sahaja.
Pokoknya di sini ialah berubah atau balik semula kepada beriman dengan Allah. Dalam konteks orang Melayu, kita harus berubah tak kira dari segi ekonomi, sosial, politik, dan pelbagai lagi dengan matlamat bukan untuk mengangkat kedudukan/imej orang Melayu, tetapi untuk mengangkat keimanan kita di sisi Allah. Kalau orang Melayu berubah dari cara hidup tradisi kepada terkini, ayat tersebut tidak signifikan kepada kita. Ia hanya akan menjadi berkesan/terkesan apabila perubahan cara hidup, cara berekonomi, cara berpolitik orang Melayu itu menurut ajaran Allah dan demi Allah (matlamat). Apa maknanya orang Melayu diajak berubah untuk mempertahankan keistimewaannya serta institusi tradisinya kalau matlamat perubahan itu tidak menurut jalan ke arah keimanan kepada Allah. Apa hebatnya adat istiadat hatta bahasa Melayu itu jika ada elemennya yang bercanggah dengan ajaran Allah. Apa pentingnya kepimpinan Melayu itu dipertahankan sekiranya golongan itu hanya sebagai simbol identiti bangsa Melayu.
Hakikatnya identiti agama (Islam) untuk sekadar menunjukkan bahawa seseorang itu Melayu tak ubah seperti minda dan kehendak penjajah. Yang kita dambakan biarlah identiti itu zahir sebagai keimanan kita kepada Allah. Sudah berpuluh tahun kita berarak sempena maulid Rasul, apakah dengan itu hadis dan sunnah Rasulullah sa.w. sudah sebati dalam dada kita. Beribu masjid tegak di muka bumi kita, apakah itu tandanya iman kita telah menebal. Apa maknanya Islam kita pertahankan dalam perlembagaan andai kata ratusan 'Perkara' dan undang-undang dalam perlembagaan itu menyimpang dari seruan Allah. Yang kita wajar cari, semai, pupuk, ajak dan daulatkan ialah 'iman' yakni akhlak disisi Allah bukannya identiti.
Mempertahankan bangsa berasaskan adat resamnya, atau bahasa bangsa itu, hanya bakal menyaksikan catatan sejarah tertulis. Hayatilah kisah Lebai Malang bila identiti agama yang dijulang sebenarnya untuk menyelindungi haloba diri.
Bangsa Melayu akan kekal sejahtera apabila yang diikatnya sunnah, disimpulnya dengan Quran dan disalutnya dengan keimanan tulus kepada Allah. Janji Allah itu benar ke atas bangsa yang beriman kepadaNya bukan bangsa yang dikenali sebagai Melayu, India, Cina, Afrika dan pelbagai lagi.
Saturday, March 07, 2009
Seniman Sastera Melayu...Al-Fatihah
Semalam 6 Mac 2009,dunia sastera Melayu di Malaysia khusunya kehilangan salah seorang pengiat atau senimannya. Sdr Zubir Ali yang berasal dari Alor Setar, Kedah merupakan antara pengiat muzik yang berupaya mengisi ruang 'hiburan' diri ini. Pada Januari yang lalu, ada sebuah entri dalam blog ini yang meletakkan Zubir Ali sebagai ikon yang mampu mempengaruhi jiwa hiburan orang Melayu yang didasarkan kepada nilai falsafah dan praktis bangsa itu. Seperti juga M.Nasir, Zubir Ali banyak mempopularkan lagu-lagu yang berasaskan puisi samada sebagai seorang komposer, penulis dan juga penyanyi. Di sebalik perjuangan memartabatkan bahasa Melayu melalui 'budaya popular', Zubir Ali berjaya mengenegahkan genre 'ketuhanan' dalam 'budaya popular' tersebut. Antara lagunya yang amat mengesan ialah 'Doa'. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...Al-Fatihah.Tuhanku
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Tuesday, March 03, 2009
Puisi Soal Jawab
Sekadar bermain-main dengan sisa-sisa bahasa Melayu peninggalan nenek-moyang ku. Harap jangan ada terguris hati, namun aku susun sepuluh jari.
nak ubat penyakit...tapi salah cari ubat
Sebab diberi kepada bukan ahlinya yang mengaku hebat
Tunggulah 5-10 tahun lagi tengoklah kesan dia
Orang Melayu kan mudah lupa
Siapa nak sajak..sajak...siapa nak syair..syair...
Tapi biarlah menguntungkan minda bukan buat harta dunia
Key point sebenarnya....adakah nak majukan bangsa dengan menghapuskan bahasa ibunda
Sekali lagi, orang Melayu kan mudah lupa
Kenapa kerajaan "degil" sangat tak nak kembali kepada bahasa melayu...
Akulah pemimpin aku maha tahu
Sila guna undi anda untuk bahasakan kerajaan sekarang!
Apakah undi itu masih rahsia
Kenapa pembangkang beria sangat nak perjuangkan bahasa melayu....entah?
Kerana merekalah paling banyak belajar kesalahan yang lalu
Orang2 politik susah nak diramal...
Apabila nafsu mereka beramal
Orang2 akademik bungkam membisu...
Sebab mereka dirasuk AUKU
Orang2 kampung, anak2 kecil desa jadi mangsa...
Itulah dunia mereka sejak merdeka
Satu tambah Satu = Dua,
Kalau jawab lebih derhaka aku pula
One plus One = Entah? apa tu ayah?
Adik tahu…100 Plus lah tu
Terlalu politiking!...
Lumrah manusia bila rasa dirinya ‘King’
Salam puisi-Qrie
*Kepada pengirim luahan itu, tahniah kerana berupaya menjadikan luahan itu puitis.
Monday, March 02, 2009
Usman Awang Dalam Kenangan
Dipersembahkan dua nukilan sajak Allahyarham Dr. Usman Awang sebagai santapan minda...
Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
Malam di Balai Budaya
Malam itu di Balai Budaya
Api dan air mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke parlimen,aku di muka’
Malam itu di Balai Budaya
Seseorang peguam muda berkata
‘Bakar Perlembagaan 152’
Malam itu di Balai Budaya
Seseorang pemuda berteriak
‘Ayuh mari kita berarak’
Malam itu di Balai Budaya
para pelajar berikrar
‘Dada kami sedia dibakar’
Malam itulah juga
Parlimen jadi petanda
Memenggal leher BAHASA.
(USMAN AWANG 3 Mac 1967)
Wednesday, February 18, 2009
Cerita Raja-Raja...
Hishamuddin Rais
Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.
Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.
Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.
Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.
Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata " Kalau tak ada roti makanlah kueh'. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.
Untuk meneruskan bacaan, sila klik di SINI.
Tuesday, February 17, 2009
Perak...satu renungan
Pergolakan atau juga yang katakan lebih afdhal disebut 'rampasan kuasa' di Perak bukan sahaja menggegarkan 'the silver state' tetapi terasa bagaikan bayangan tsunami ke atas kerukunan negara berperlembagaan. Apa tidak, dari sekecil-kecil orang kampung hingga setinggi-tinggi darjat yang manusia berikan iaitu Raja-raja Melayu gegar gempita dibuatnya. Tetapi ianya bukan datang dari yang Maha Esa, ia adalah ciptaan manusia belaka. Mungkin ada yang sinis mengatakan...memang ia berpunca salah satunya dari manusia yang turut dinamakan Maha----. Walauapapun, sebagai seorang 'social scientist' keadaan tersebut mengganggu jiwa dan raga aku walaupun kini berada beribu batu jauh dari ibu negara Malaysia.Bagi pendukung BN tentunya kejayaan memerintah semula sesuatu pencapaian yang membanggakan biarpun dengan apa kaedahnya kerana matlamatnya adalah untuk memerintah mengikut acuan masing-masing. Tetapi sebagai 'scientist social', saya menjangkakan masih ada ruang dipihak PR 'merampas' semula pemerintahan menurut lunas atau startegik Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Perak selain usaha memohon mahkamah menghakimi kesahihan proses pembentukan kerajaan pimpinan BN. PR sebenarnya punya satu lagi kuasa yang masih boleh mengubah keadaan iaitu kuasa Speaker Dewan. Jika sekiranya terdapat 5 ADUN BN diambil apa-apa tindakan yang mensabitkan mereka digantung dari DUN Perak, senario ini cukup untuk PR mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar dari BN dengan kelebihan 1 undi majoriti. Keadaan ini yang digazetkan sah untuk melucutkan kerajaan sedia ada pastinya boleh membawa PR kembali menerajui kerajaan Perak. Ini semua adalah usaha yang boleh manusia lakukan (sudahpun terbukti). Namun sejauh mana ianya baik untuk semua, maka harus kita kembali beriman kepada firman Allah sebagaimana yang saya bincangkan tadi.
Marilah kita semua selalu suka akan mencari ilmu (kebenaran). Terimalah hakikat bahawa kita semua sangat 'kurang ajar' (kalau rasa hina...bacalah sebagai 'kurang diajar') dari segi agama, ekonomi, politik, sosial dan banyak lagi. Disebabkan kita 'kurang ajar'lah kita sering juga berpersepsi bahawa orang itu atau orang ini kurang ajar. Marilah kita tingkatkan iman dengan meningkatkan rasa diri kita ini 'kurang ajar'.
Tuesday, February 10, 2009
Raja-Raja Melayu Kebal?

Thursday, February 05, 2009
Ammar's 1st Day at Ironside State School

Ariff at Year 4 Class
First thing Ammar did was...
Friday, January 30, 2009
Yang Aku Cari Ada Di Davos
Monday, January 19, 2009
Kuala Terengganu By Election
Firstly, I would like to congratulate the newly elected MP of Kuala Terengganu, Malaysia. However, I don’t have any interest to describe or discuss about the MP. Anyway, the victory of opposition front which also known as Pakatan Rakyat (People Coalition) has consistently indicate significantly changes of Malaysia political landscape. After a big wave of changes in Malaysia’s 12th General election, the ruling party (National Front) has lost all by elections that took place in August 2008 and recently 2 days ago. However, what really interest me during the second by election in Kuala Terengganu is the utmost support and tremendous campaigners by non-Malay or non-Muslim. The newly elected MP is from PAS (Malaysia Islamic Party). Furthermore, the composition of voters in that constituency only consists of less than 15% of non-Muslim or non-Malay. But, the campaigner for PAS comes from all members of Coalition Front such as Democratic Action Party (Chinese dominated) and Keadilan Party (non-ethnic based party). I’ve to admit that, in this by election supports for PAS candidate by the non-Muslim reflect clearly and significantly. In late 1990s, I predicted that non-ethnic based political landscape of Malaysia will not be dominant paradigm within 10 to 15 years. Today, I dare to say that my hypothesis is nearly reality. These pictures tell you about my hypothesis…is it significant? These pictures may provide some answers...
*These photos I took from several blogs...you may visit this blog for more photos.
I've A Dream...Martin Luther King
I’ve a dream, one day … This is one of the most astonishing speech of Martin Luther King. I also have a dream, one day people of this earth realised that they are here to complement each other… NOT to destroy each other. I’ve a dream, one day people will really understand what does it mean to be a human…I’ve a dream, one day all human have the same dream with me…
Sunday, January 18, 2009
Aku Berpesta Lagi
Saat-saat bahagia berpesta dengan buku-buku pada 6 bulan yang lalu kembali lagi. Mungkin ini kali terakhir aku berpeluang bergembira dan berpesta dengan hiburan minda yang saban separuh tahun aku akan tunggu sejak bertandang di Brisbane ini. Pesta buku ini adalah anjuran sebuah NGO berkaitan kesihatan iaitu LifeLine Australia. Dari buku-buku terpakai sehinggalah buku yang terkini masih berkualiti tinggi dijual dengan harga yang amat rendah lagi sukar diperolehi di muka bumi ini ... agak diperbesar-besarkan kenyataan ini...tetapi inilah hakikat dan realiti pengalaman aku. Kampung Buku di Pulau Langkawi yang satu ketika dahulu menjadi gilaan aku tidak mampu menandingi LifeLine Bookfest ini. Hai apa khabar Kampung Buku ... ?Kepada ulat buku sekitar Brisbane, LifeLine Bookfest berlangsung dari 17 Jan. hingga 25 Jan. 2009 di Brisbane Convention Center.
Wednesday, January 14, 2009
We Will Not Go Down
Friday, January 09, 2009
Antara Perjuangan Dan Sentimen...Refleksi Ghaza
Wednesday, January 07, 2009
HELP PALESTINE...GHAZZA

With the sense and respect of humankind, I plead you to help innocent people of Palestinian especially in Ghazza by doing some or all of these actions:
* Sign an online petition to various agencies to stop brutally attacked on Ghazza.
Click HERE
* Generously contribute or donate some money for food and medicine for Palestinian in Ghazza.
Click HERE.
Click HERE.
You and I who uphold the dignity of humankind may not have an opportuniy to go to Ghazza and helps these innocent people, but we still have another opportunity to assist them. Thank you for your support to humankind.

