Wednesday, December 31, 2008

FREE PALESTINE

I'm really speechless when thinking what had happen in Gaza. Let us all pray for Allah (God) to give peace and freedom to palestinian.

Look Into My Eyes

Thursday, December 25, 2008

Berita Kepada Kawan

Hayati lirik lagu ini. Bukan sahaja muziknya agak indah, malah lebih jatuh cinta lagi akan bait-bait lagu puisi ini. Pada aku lagu ini bisa menjawab kenapa permasalahan kita terus berterusan...



Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Wednesday, December 17, 2008

Bahaya... Aku Bukan Musuh Harta

Akal yang waras lagi matang terencat akan keputusan RTM (boleh dibaca Radio Televisen Mereka!!!... bebas ditafsir) mengharamkan lagu puisi hasil lirik bekas Mufti Perlis. Bagi seorang seperti aku yang melihat kehidupan adalah terhasil daripada kata-kata yang diulang-ulang (termasuklah lagu), melihat langkah ini seperti usaha meletakkan minda orang Melayu malah orang Islam maju kebelakang. Hujah yang menyatakan lirik lagu tersebut kasar adalah terlalu daif apabila mengenangkan ekonomi dan sahsiah masyarakat umum berterusan diperas dan ditindas.

Hayati lirik dan lagu ini ... Aku Bukan Musuh Harta, semoga kita berfikir dan menyelami nasihat/pedoman/pengajarannya kerana kita tidak tahu siapakah kita hari esok. Meminjam bait-bait puisi sasterawan tersohor negara, Allahyarham Usman Awang ...

Siakap senohong,gelama ikan duri; Bercakap bohong lama-lama jadi menteri!





Penyanyi : Kumpulan Kopratasa
Lirik : Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Tuesday, December 02, 2008

Kejujuran Ditemui Lagi

Pada 27 November, aku bersama anak bongsu ke China Town untuk urusan mendapatkan bekalan daging. Di Brisbane, tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan bekalan daging halal kerana agak banyak juga pembekal yang beragama Islam. Seperti biasa keretapi merupakan pilihan terbaik memandangkan ia menjimatkan. Dengan membayar AUD$1.80, pengguna seperti pelajar boleh bergerak dalam satu-satu zon berulangkali bermula jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang dan dari 7 malam hingga perkhidmatan tamat pada hari tersebut. Malah dengan tiket yang sama boleh bertukar pengangkutan awam antara bus dan keretapi.

Setelah selesai membeli, kami bergegas kembali ke stesen McWhiters yang serba baru wajahnya berbanding 3 tahun lalu. Menghampiri pintu masuk stesen semakin laju kami bergerak kerana kelihatan waktu keretapi untuk destinasi kami ke Toowong hanya 1 minit lagi. Apabila sampai saja di ruang menunggu, keretapi tak pun tiba lagi...rupa-rupanya bukan 1 minit lagi tetapi 7 minit lagi... mata semakin rabun! Kami pun duduklah dikerusi panjang menunggu beberapa minit lagi. Si Ammar (anak) mengeluh... I'm tired, the train late...I'm boring. Untuk tenangkannya aku hulurkan telefon bimbit talian Malaysia (celcom) kepadanya. Telefon tu biasanya digunakan Ammar untuk main 'games'... memang itu pun tujuan aku hulurkan kepadanya. Tak lama kemudian dia keluarkan 'Bakugan' dari koceknya dan bermain pula dengan mainan itu. Enam minit kemudian, keretapi ke Toowong pun tiba dan kami bergerak masuk. Setiba di stesen Toowong, barang-barang dalam beg mesra alam (green bag) dicapai dan kami beransur keluar. Tiba-tiba teringat pula, "Ammar where is my handphone?". Dengan selamba dia jawab, "It's with you." Dalam kekalutan rupa-rupanya telefon itu tertinggal sama ada dalam keretapi tadi atau di kerusi panjang di stesen McWhiters.

Tanpa berfikir panjang aku buat keputusan untuk balik semula ke stesen McWhiters kerana yakin tertinggal di sana. Jadi kami pun naik keretapi sekali lagi ke sana dengan harapan yang tinggi. Sepanjang perjalanan Ammar tak cakap apa-apapun sebab dia tahu dia bersalah. Setiba di situ kami terus menuju ke kerusi tersebut. Dari jauh lagi kami perasaan ada seorang pemuda tempatan yang sedang 'bermain' dengan telefon bimbit. Dalam hati berkata mungkin itu telefon aku. Harapan itu tamat apabila menghampirinya...telefoin yang dipegang lain warnanya. Seterusnya terfikir mungkin telefon itu tertinggal dalam keretapi pula. Namun aku tekad untuk bertanya dan melaporkan kehilangan telefon di pejabat stesen. Semasa menuju ke pejabat, terserempak dengan pegawai stesen. Setelah memaklumkan kepadanya, kami dijemput ke pejabat. Dalam perjalanan ke pejabat beliau memaklumkan tak pun menerima sebarang barang yang dijumpai ... makin tipis harapan. Telefon itu tak sangat dirungsingkan memandangkan harganya yang tak seberapa. Tetapi yang penting adalah maklumat dalam telefon itu yang mengandungi nombor telefon kenalan seluruh dunia.

Sony Ericsson

Sesampai di pejabat stesen, pegawai tersebut terus menuju ke meja yang di atasnya terletak satu buku log yang kenampakan tidak tertutup rapi. Apabila dibukanya buku itu dia bertanya,"What made is your mobile phone?". Bila dijawab "It's Ericson...Sony Ericson", beliau menghulur dan berkata "is this yours ... you must be relief now". Alhamdulillah, tak sangka yang telefon itu dapat kembali. Terkenang pula beberapa insiden kehilangan aku barang di Malaysia seperti motorsikal dan PDA. Kehilangan PDA di ruang mencuba pakaian di Kompleks SOGO tatkala 3 hari lagi hari raya meninggalkan kesan negatif. Tak sampai pun 5 minit, PDA yang tergantung di ruang itu lesap dan orang yang keluar dari ruang itu berkata tak nampak pun. Sepanjang tinggal di Brisbane ini, kelalaian atau kecuaian terhadap barangan tidakpun mengundang kehilangan. Majoriti mereka ini entah apa pegangan agama mereka, tetapi hak orang lain mereka hormati. Mereka di sini memang jujur, tetapi jika kejujuran tinggi mereka bersatu bersama keimanan mengesakan Allah, mungkin mereka adalah manusia terbaik terlalu jauh baiknya berbanding dengan mereka yang telah lama mengaku Islam.

Ya, Allah terlalu banyak Engkau permudahkan hidup aku di sini walaupun kerap aku lalai akan Engkau...