Wednesday, November 21, 2007

Australia-Malaysia-China Catatan 1

Hampir tiga bulan tiada yang ditulis diblog ini. Ada yang bertanya, tak kurang yang mencebik inilah dunia penulis blog ... hilang idea ... tiada idea... Apapun itulah hakikat insan, kita sering lupa bahawa kudrat manusia adalah terbatas. Kita sering terlupa, hanya sedar setelah sakit akan sihat, susah tatkala pernah hidup senang, tidak cukup masa sedangkan banyak masa yang terbuang. Namun kekadang adalah menjadi suatu keperluan untuk kita bermuhasabah sebentar akan perkara atau kerja-kerja yang dilakukan.

Peluang dan ruang kembali ke Malaysia buat seketika cukup indah. Apatah lagi tanpa diduga berpeluang berAidil Fitri setelah 2 musim diperantauan. Debaran Aidil Fitri semakin terasa tatkala apabila mula melangkah masuk ke pesawat MAS kedengaran nyaring-nyaring irama muzik lagu-lagu hari raya. Anak-anak begitu gembira kerana 'nak balik kampung'. Tepat jam 12.32 am 10.10.2007, pesawat MAS mula terbang ke Kuala Lumpur. Bangga dengan penerbangan MAS yang bertahun berturut-turut dinobatkan dengan anugerah 'Best Cabin Services'. Namun dalam hati kecil masih belum berpuas hati dengan 'sikap' MAS. Entah berapa ramai yang sudah mengadu tetapi sikap 'penjajah' masih kekal ... yer tak yer juga, tanah Mlayu sudah bebas dari dijajah 50 tahun dulu tetapi apabila kita di udara terus kekal terjajah. "Sir beer sir ... anybody want beer ... " begitulah adab layanannya yang pada pandangan aku cukup kurang ajar. Sampai bila harus kita tunduk kepada budaya barat ini. Apakah kalau tidak dijaja 'beer' maka potensi anugerah 'Best Cabin' akan terlepas!

Setiba di KLIA, terasa sedikit janggal. Biasanya sepanjang bulan Ramadhan, KLIA akan penuh dengan gerai-gerai 'Aidil Fitri'. Tapi 1428 nampaknya tidak semeriah di KLIA seperti sekurang-kurangnya 2 tahun lalu. Apakah orang Melayu sudah berkurang guna KLIA? Apakah orang Melayu hanya mampu di LTCC? Ataupun ramai peniaga Melayu sudah tidak mampu berniaga di KLIA? Ataupun orang M'sia sudah bijak lagi berhemah dalam berbelanja di kala keadaan ekonomi yang seakan lembap. Apapun jawapan awal diperolehi sejurus mendarat di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Ekonomi nampak macam okay, tapi sekarang duit habis cukup cepat ... begitulah kata-kata pemandu limosin Perdana V6.

Setiba di rumah orang tua, kami sekeluarga meluncur pula ke Changlun dengan Proton Waja yang ditinggalkan lebih 2 tahun. Anak-anak seronok tak terkata apabila bandingkan kereta buruk berjasa kami di Brisbane. Alangkah terkejutnya melihat betapa pekan Changlun satu ketika dahulu pekan 'cowboy' kini pesat berkembang lebih dari St. Lucia mahupun Toowong ... dari segi perkembangan fizikal. Habis berkubur peniaga-peniaga kecil disambar dengan peniagaan ala 'mega' atau 'kompleks'. Dalam masa tak sampai dua tahun bagaikan cendawan tumbuh restoran mamak. Memang anak Melayu dilimpah rezeki ... sekadar makan gaji untuk makan tiap-tiap hari ... esok hari...minggu depan...tahun depan... fikirkan kemudian.


Anwar Ariff excited going back to M'sia Ammar Afif ... I'm glad to be home for a while
Agak tergamam juga apabila mula berkereta. Kiri, kanan, masuk suka hati, potong sana sini, tiada lampu isyarat diberi, pejalan kaki tiada dihormati, begitulah sikap sejati pemandu Malaysiaku ini. Aku pun tak pasti, apa sebenarnya yang aku rindu pada Malaysia ... satu yang pasti ... dari mana asal aku ... keluargaku. Yang lain cukup aku celaru, keliru dan adakalanya rasa langsung tak tahu.








2 comments:

Intan said...

Assalamualaikum,

I agree with you regarding beer served dlm kapal terbang MAS. Last june saya pergi US, pramugari siap offer beer kat saya. Dah tu pramugari Melayu pulak. Takkan tak perasan kita ni islam sebab pakai tudung. Entahlah, apa nak jadi dengan Malaysiaku.. Kirim salam pada Lin. Dah lama sangat tak jumpa dia.

afandi said...

Assalamualaikum

Jazakallah ...atas segala pertolongan yang saudara hulurkan kepada saya sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa dan baik saudara sekeluarga.

mmg seronok dapat naik kereta sendiri , tambahan lagi WAJA yang ditinggalkan. Begitulah seandai dapat membawa kereta sendiri ke seberang alangkah bagusnya, tapi prosedur AQIS yang amat ketat serta ke peringkat pemeriksaan seluruh bahagian kenderaan untuk tujuan kuarantin, rasanya tidak berbaloi kerana nnti di minta bayaran tambang supaya AQIS dapat menghantar kembali.... prosdur kuarantin yang ketat tidak seperti di Malaysia