Monday, April 13, 2009

Terima Kasih Pak Lah

Agak terlalu lama tiada nukilan di blog ini. Semuanya gara-gara kesibukan menyiapkan beberapa tulisan akademik yang tidak jemu dituntut dari seorang yang bergelar pelajar. Biar apa pun, hari ini (tarikh/angka yang signifikan kepada Tun Abdullah) terasa ingin dicoretkan ucapan TERIMA KASIH kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5...Pak Lah...Abdullah Badawi. Berbanding dengan bekas Perdana Menteri paling lama Malaysia... Dr. Mahathir, Pak Lah lebih aku kenali dulu. Masa kecil-kecil dahulu khususnya bila balik kampung ziarah nenek, ayah aku pasti tak putus tunjuk dan sebut nama Pak Lah. Ini kerana ayah aku adalah anak jati Lahar Kepar...kampung sebelah dengan rumah keluarga Pak Lah di Kepala Batas, Seberang Perai Pulau Pinang. Malah sebelum Anwar Ibrahim dijulang oleh Mahathir, Pak Lah merupakan nama besar dalam politik Melayu Pulau Pinang dan Malaysia.

Sebagai anak jati Pulau Pinang dan sebagai rakyat Malaysia, walaupun aku agak kurang senang dengan politik Pak Lah dari segi kepimpinan negara, malah tak pernah aku minta apa-apa atau projek walaupun dia 'sekampung' dengan ayah aku, dengan ikhlas diucapkan Terima Kasih dan selamat meneruskan bulan madu dengan Tun Jeanne. Sebagai tatapan dan kenangan detik-detik terakhir sebagai PM Malaysia, dipamerkan foto yang disiarkan oleh surat khabar berpengaruh di bumi kangaroo ini...'The Australian' bertarikh 2 Mac 2009.

No comments: