Monday, September 29, 2008

Salam Eidul Fitri 1429

Eid Mubarak... kullu aam wa antum bikhair.

Maaf Zahir Batin





Thursday, September 18, 2008

Iklan 'Istimewa' Hari Raya...

Alhamdulillah hari ini genaplah 18 hari Ramadhan kita lalui. Terasa begitu pantas, namun terasa banyak juga yang tak terisi dalam bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini. Ini merupakan tahun ke-4 berpeluang berpuasa di perantauan...insyAllah dalam masa beberapa hari lagi umat Islam bakal merayakan hari kemenangan. Semoga umat Islam semua segar dengan semangat baru akibat melalui 'universiti Ramadhan' yang cukup unik. Alhamdulillah, Ramadhan ini yang insyAllah terakhir selama 'kembara ilmu' di Australia memang mencatatkan pelbagai kenangan dan pengajaran. Tatkala musim Winter meninggalkan tirainya, disambut pula oleh Spring...Ramadhan seperti ini entah bila bakal ditemui lagi. Kenangan bertarawih berbumbungkan langit dingin, cahaya bulan penerangnya, kepulan hembusan sejuk dengan alunan bacaan imam dari Timur Tengah pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Tatkala masuknya minggu ke-3 Ramadhan, kebiasaannya di tanah tumpah darah...orang Melayu sibuk bersiap sedia dengan Syawal. Baju baru, kuih-raya, langsir, perabot buat orang Melayu adakalanya seolah-olah terlupa dengan Ramadhan. Di kala ini pastinya, para peniaga tak putus-putus kesibukan. Bermacam ragam iklan riuh rendah di merata tempat. Bagi yang tak pernah berniaga, Ramadhan adalah kesempatan yang pasti tidak ditinggalkan. Tiada apa yang mahu dan mampu saya niagakan...hanya sekadar berkongsi iklan 'istimewa' ini menjelang 1 Syawal nanti.


Tuesday, September 16, 2008

16 September - Hari Malaysia

Malaysia yang ada pada hari ini adakah ianya sepertimana tatkala laungan Merdeka...Merdeka...Merdeka...pada 1957 dikumandangkan? Adakah 1957 Malaysia benar-benar wujud? Hakikatnya pada tahun ini, Malaysia sepertimana yang kita lihat kini iaitu gabungan Semenanjung Malaysia (lebih dikenali sebagai Tanah Melayu), Sarawak dan Sabah baru terbentuk selama 45 tahun.

Pada hari ini 16.9.1963, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan kelahiran sebuah negeri baharu kepada seluruh dunia iaitu Malaysia. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan dihadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia iaitu Tuan Lee Kuan Yew, Tuan Donald Stephens dan Tuan Stephen Kalong Ningkan. Pengisytiharan penubuhan Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian yang telah diperbuat pada 9 julai 1963 di antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura yang telah mempersetujui untuk membentuk sebuah negara baru yang bersatu yang dinamakan Persekutuan 'Malaysia'. Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia ini, maka Sabah, Sarawak dan Singapura tamat daripada menjadi jajahan takluk British.

Sesungguhnya Persekutuan Malaysia yang diistiharkan pada hari ini dalam tahun 1963, adalah lahir dari lubuk hati rakyat yang inginkan kemerdekaan dan kekebasan sebagai satu bangsa yang berhak dan mempunyai harga diri. Peristiwa Pengisytiharan pembentukan Malaysia telah menjadi satu hakikat sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Bersama Menghayati Hari Malaysia ke-45


(*Sebahagian besar tulisan ini dipetik dari laman web Arkin Negara Malaysia)

Thursday, September 11, 2008

9/11...Jihad Aku...

Tujuh tahun yang lalu, pada hari ini aku sekeluarga berada di kampung di Kelantan bercuti. Tatkala lepas bersarapan dan berbual-bual dengan ahli keluarga, tiba-tiba berita yang sungguh menakjubkan terpampang di semua stesen televisyen. World Trade Center di New York rebah akibat 'kemalangan' kerana 'dibedil' pesawat penumpang. Mulai tarikh keramat inilah juga Islam diserang habis-habisan. Tanpa siasatan terperinci, media antarabangsa mula mewar-warkan bahawa serangan ke atas WTC adalah daripada kumpulan pengganas Islam. Mulai hari ini juga pada 2001, Islam terus dikecam, umat Islam ditindas, Islam diperlekehkan secara terang-terangan dalam sejarah abad ke 21 ini.

Setelah 6 tahun berlalu, pada tarikh ini juga, apabila aku membuka paparan internet dalam enjin pencarian google, diruangan ditempelkan (add-on) 'Today in History' kendalian http://chronita.com , satu catatan yang kurang enak terpampang... "2,974 people are kill when nineteen Islamic terrorists hijack ....". Atas rasa marah bercampur tanggungjawab, aku gagahi menulis emel kepada pihak Today in History yang berbunyi seperti berikut:

Hi there,

As a Muslim I can't accept what have been done to World Trade Center 6 years ago. As Islam prohibited its followers to harm nor kill other, I condemn 19 people who crashed into WTC. In fact their actions doesn't reflect Islamic teaching at all. However, reading your 'Today in History', I as a Muslim feel offended by your statement "2,974 people are kill when nineteen Islamic terrorists hijack ....". There wasn't any terrorism teaching in Islam, and if you think there is please provide me evidence from Quran or Prophet Muhammad says. As for that how can you used the term Islamic Terrorist. I can still accept you use the term Muslim Terrorist but NOT Islamic Terrorist.

Selepas beberapa hari, manusia bernama Micheal Thompson membalas emel aku dengan catatan cukup ringkas,

"Thank you for contacting us and sharing your thoughts."

Namun emel balas tersebut belum dapat meredakan api perasaan yang membuak-buak. Tanpa diduga, pada 31 Ogos 2008 jam 8.33am, kotak emel Microsoft Oulook aku berdering menandakan ada emel baru yang masuk. Agak terperanjat juga emel itu datangnya dari Michael Thompson sekali lagi. Namun yang cukup membahagiakan apabila membaca emelnya yang berbunyi:

Dear Mr Ahmad,

We thought you might be interested to know that this year the Today in History entry regarding the 9/11 attack in 2001 will read as follows:

"2,974 people are killed when nineteen al-Qaeda terrorists hijack four commercial airliners, crashing two of them into the World Trade Center, one into the Pentagon and one into a field in Pennsylvania."


Thank you for contacting us and sharing your thoughts.

Sincerely,

Michael Thompson


Hari ini tatkala mula melayari laman web Google, apa yang dinyatakan oleh Michael itu adalah realiti. Syukurlah usaha cukup kerdil yang aku ambil setahun lalu menyatakan yang hak akhirnya dimakbul Allah. Di manakah agaknya jihad para pembaca seIslam semua dalam berhadapan dengan situasi sebegini. Marilah lakukan semampu boleh untuk menegakan Islam mengikut kemampuan kita semua.