Tuesday, September 02, 2008

September antara Kenangan & Hakikat

Ogos dan September menyaksikan kenangan terhadap beberapa peristiwa utama yang berlaku di Malaysia. Pada 31 Ogos genaplah 51 tahun Malaysia merdeka, manakala 1 September pula bermulalah detik yang dinantikan oleh umat Islam yakni 1 Ramadhan. Pada 16 September akan datang pula, merupakan detik penubuhan Malaysia sejak 1963. Sementara itu hari ini pada sedekad yang lalu, 2 September merupakan detik getir dalam kancah politik moden Malaysia. Pada hari ini, 2 September 1998, Malaysia dikejutkan dengan berita Timbalan Perdana Menteri yang diwar-warkan sebagai bakal Perdana Menteri ke-5 dipecat. Namun disebalik pemecatan orang nombor dua Malaysia itu, rupa, corak, falsafah dan amalan politik Malaysia telah berubah. Ramai yang mengatakan peritiwa 2 September itu telah merubah lanskap politik Malaysia, tetapi adalah diyakini bahawa ia sebenarnya telah mematangkan dan berjaya meningkatkan celik-politik di kalangan masyarakat Malaysia. Anwar Ibrahim yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri 10 tahun lalu, diceraikan daripada Parlimen, direhatkan di penjara selama 6 tahun tetapi kini kembali semula ke rumah idamannya iaitu Parlimen pada 28 Ogos 2008. Inilah takdir Allah... manusia merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Antara Ucapan Terakhir Bersama UMNO 1997


Dipecat Pada 2 September 1998


Sedekad...dulu...kini

No comments: