Thursday, September 18, 2008

Iklan 'Istimewa' Hari Raya...

Alhamdulillah hari ini genaplah 18 hari Ramadhan kita lalui. Terasa begitu pantas, namun terasa banyak juga yang tak terisi dalam bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini. Ini merupakan tahun ke-4 berpeluang berpuasa di perantauan...insyAllah dalam masa beberapa hari lagi umat Islam bakal merayakan hari kemenangan. Semoga umat Islam semua segar dengan semangat baru akibat melalui 'universiti Ramadhan' yang cukup unik. Alhamdulillah, Ramadhan ini yang insyAllah terakhir selama 'kembara ilmu' di Australia memang mencatatkan pelbagai kenangan dan pengajaran. Tatkala musim Winter meninggalkan tirainya, disambut pula oleh Spring...Ramadhan seperti ini entah bila bakal ditemui lagi. Kenangan bertarawih berbumbungkan langit dingin, cahaya bulan penerangnya, kepulan hembusan sejuk dengan alunan bacaan imam dari Timur Tengah pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Tatkala masuknya minggu ke-3 Ramadhan, kebiasaannya di tanah tumpah darah...orang Melayu sibuk bersiap sedia dengan Syawal. Baju baru, kuih-raya, langsir, perabot buat orang Melayu adakalanya seolah-olah terlupa dengan Ramadhan. Di kala ini pastinya, para peniaga tak putus-putus kesibukan. Bermacam ragam iklan riuh rendah di merata tempat. Bagi yang tak pernah berniaga, Ramadhan adalah kesempatan yang pasti tidak ditinggalkan. Tiada apa yang mahu dan mampu saya niagakan...hanya sekadar berkongsi iklan 'istimewa' ini menjelang 1 Syawal nanti.


1 comment:

Anonymous said...

who doesn't love PETRONAS ads... everybody does... infact, people would be waiting for it...every year.