Friday, September 22, 2006

21 Sept. Hari Keamanan Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanggal 21 September setiap tahun telah dinobatkan sebagai Hari Keamanan Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Usaha ini adalah signifikan tatkala krisis pertembungan politik, etnik, agama dan ideologi terus memuncak dan berterusan. Persoalannya apakah tanggal 21 Sept. ini hanya sekadar untuk dikenang dan dirayakan? Apakah ia setakat tarikh bagi mengenang segala bentuk peperangan, penindasan dan ketidakadilan? Mungkin juga ia hanya kemampuan PBB untuk merayu agar pada tanggal 21 Sept. dihentikan buat sehari segala macam kekerasan, kerakusan kuasa, penghinaan dan pencabulan hak kepada mereka yang terlibat. Apakah pada hari tersebut segala bentuk peperangan dikakukan (pause) atau dilaksanakan gencatan senjata buat sementara waktu di samping mewujudkan rasa sedih, hiba dan dukacita buat 24 jam sahaja.

Atau, tanggal 21 Sept. wajar sebagai satu kaedah melariskan bunga-bunga segar bugar sebagai tanda kenangan yang terkorban dan dikorbankan? Maka pada tarikh ini juga mungkin sesuai dilangsungkan konsert, pesta dan keramaian atas dasar kebajikan (charity) mengumpul dana membantu mereka yang telah dimusnahkan dan dijahanamkan oleh sang berkuasa?

Semoga, persoalan-persoalan tersebut menggerakan minda kita untuk menterjemahkan tindakan yang lebih praktikal daripada kita daripada asyik mengenang dan meningati serta bertindak atas dasar simpati. Marilah kita jadi manusia yang tahu membina sejarah darpada menjadi pemerhati sejarah sahaja.

Salam Keamanan Sejagat

No comments: