Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
11 Sept. 2006, genaplah 5 tahun peristiwa hitam dalam sejarah Amerika Moden akibat serangan kapal terbang komersial terhadap bangunan World Trade Center. Sejak tarikh itu juga sejarah Islam berterusan ���digelapkan��� oleh pihak tertentu. Belum sepenuhnya peristiwa menghina Nabi Muhammad saw melalui karikatur oleh akhbar Denmark pulih, kini Ketua Paderi Tertinggi Kristian Khatolik telah mencetuskan satu lagi isu besar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad saw. Walaupun ada sebilangan kita menyatakan tidak terkejut dengan peristiwa ini (kerana Allah telah firmankan dalam Al-Quran berhubung kaum tertentu yang akan berterusan berusaha menjatuhkan Islam), namun saya berpandangan setiap Muslim tidak boleh lari daripada tanggungjawab memelihara Islam daripada serangan psikologi sedemikian. Di sini saya rangkaikan teks ucapan penuh Pope Benedict XVI yang kontroversi itu http://www.adnki.com/index_2Level_English.php?cat=Religion&loid=8.0.340853492&par=0
Baca dan alami sendiri perasaan anda sebagai seorang Muslim atau sebagai seorang yang menghormati agama orang lain.
Sebagai yang pernah saya wacana ketika isu karikatur Nabi, kita sewajarnya mengambil usaha dan kewajiban untuk memperbetulkan dan menjelaskan Islam yang sebenarnya kepada sekeliling kita. Untuk itu tiada jalan lain selain kita sendiri mesti menambahkan ilmu tentang Islam. Tanpa usaha tersebut bukan sahaja sukar untuk kita menjelaskan tentang Islam, malah diri kita sendiri boleh turut terjejas dan terjebak dalam usaha memburukan Islam melalui apa yang kita tonjolkan. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini (Insyallah) bakal menjadikan diri dan minda Islam kita yang lebih baik dari sebelumnya.
Salam.
Monday, September 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment