Tuesday, September 19, 2006

Ada apa dengan 16 September


Assalamualaikum,

31 Ogos yang lalu rakyat Malaysia sama ada di Malaysia atau pun luar negara gembira menyambut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sejak 1957. Tarikh keramat itu terlalu bermakna dan mudah diingati dari golongan anak sekolah hinggalah ke datuk dan nenek. Malangnya sebahagian besar rakyat Malaysia (maaf jika saya salah, tetapi agak yakin) lupa atau langsung tidak tahu bila tertubuhnya Persekutuan Malaysia atau MALAYSIA (komposisi negeri yang membentuk Malaysia iaitu Semenanjung Tanah Melayu & Sabah – Sarawak).


Tanggal 16 September 1963 adalah tarikh penubuhan MALAYSIA seperti yang merangkumi negeri-negeri yang ada pada hari ini. Sewajarnya juga 16 September tiap tahun diingati dan tercatat dalam sejarah peribadi kita yang mengaku dirinya rakyat Malaysia kalaupun tidak diraikannya. Elok juga diucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Malaysia’. Kalau diamati akan pentingnya 16 September, mulai tahun 2000 Kerajaan Malaysia telah memutuskan sambutan Hari Kemerdekaan bermula dari 31 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Inilah kewajarannya mengapa sambutan Kemerdekaan adalah sepanjang tempoh tersebut.

Semoga kita akan terus mengingati tarikh 16 September dan perbanyakan diskusi sejarah negara dalam keadaan nilai, budaya, ilmu serta maklumat tentang negara kita semakin luntur di kalangan generasi masa kini Malaysia.



Kita boleh lupa akan sejarah, namun sejarah akan tetap mengingati kita sebagai yang lupa akan sejarahnya.

Salam,

No comments: