Friday, January 09, 2009

Antara Perjuangan Dan Sentimen...Refleksi Ghaza

Berhari menatap foto-foto kekejaman Isreal di Ghaza terlalu mengganggu tumpuan pengajian. Perasaan tersebut wujud bukan kerana benci akan berita-berita tersebut, tetapi kerana kerana tidak dapat lagi menahan rasa hiba, sedih, kecewa, derita dan entah apa-apa lagi. Bercampur baur tindakan yang terfikir untuk dilakukan. Namun apabila dirungkai dan diamati secara mendalam, terasa terlalu banyak pula pihak yang boleh dituding jari ... menuntut jawapan dan tindakan. Di mana suara Liga Arab, masih nyenyak terlenakah OIC ... malah apakah kerajaan Palestin sendiri terlalu lemah hingga tak termampu mempertahankan buminya? Namun apapun persoalannya, yang pasti dan diyakini jawapannya ialah apakah yang telah dilakukan oleh tiap insan beragama Islam dalam mempertahankan maruahnya.

Di saat dan situasi sebegini, terlalu ramai orang Islam yang tiba-tiba semangat Islamnya memuncak. Mulalah tindakan itu dan ini dilakukan...perkara yang tak pernah dipulaukan kini diambil tindakan. Sudah sebati kita agungkan budaya dan produk pihak 'musuh' kini kita tentangnya. Inilah semangat 'hangat-hangat tahi ayam' yang kebanyakan orang Islam miliki. Semangat Islam memuncak tatkala kita ditimpa musibah, susuh, derita dan bencana. Apabila sudah senang kita lupa dan tidak bersemangat. Kita terlalu berorientasikan sentimen. Tidak dipersoalkan kesanggupan kita menegakkan Islam, tetapi yang dipersoalkan mentaliti kita. Terlalu lemah istiqamah kita.

Membaca beberapa laporan media, terasa amat sedih apabila kita mula bertindak dengan tindakan-tindakan yang kurang atau tidak mencerminkan nilai Islam umpamanya Islam untuk kesejahteraan. Sebagai menyokong penindasan di Ghaza, amat wajar kita nyatakan pendirian kita namun janganlah sampai tindakan kita itu memberi implikasi buruk ke atas Islam. Kenapa harus kita bakar itu dan ini, pijak itu dan ini. Para pemimpin Islam sewajarnya membimbing para pengikutnya bertindak secara berhikmah. Anjurkanlah rapat umum atau perarakan membantah kezaliman dan pencerobahan Israel ke atas Ghaza tetapi janganlah dicemari dengan tindakan murni tersebut dengan acara-acara yang membawa tafsiran atau natijah tidak baik kepada Islam. Di saat orang bukan Islam mula mencurahkan simpati, janganlah mereka disambut dengan peristawa seolah-olah kita tiada tamadun. Islam paling berjaya dalam perjuangan berdasarkan semangat fakta dan ilmu bukannya dengan semangat perasaan atau sentimen.

No comments: