Friday, January 30, 2009

Yang Aku Cari Ada Di Davos

Tatkala Israel terus membedil Gaza, ramai pemimpin serta ketua umat Islam tampil berkata, mengecam dan adakalanya lagak seperti memberi amaran. Sejauh mana keberanian dan kesungguhan mereka, hanya Allah yang tahu. Namun tanpa bersembunyi, aku menyimpan hanya sedikit kepercayaan dan keyakinan ke atas apa yang pemimpin dan kepala umat Islam ini lakukan. Kepada mereka yang berani dan berkesanggupan ke Gaza sebagai misi penyelamat, aku yakin shahid menanti mereka...mereka yang ke sana mengotakan apa yang mereka rasa dan kata.

Namun, persidangan atau World Economic Forum yang berlangsung di Davos, Switzerland, tiba-tiba membuka mata hati aku. Di saat para pemimpin tertinggi dunia berhimpun dan berdialog, termasuk hadirnya Presiden Obama, Perdana Menteri Turki-Recep Tayyip Erdogan telah memberi aku keyakinan dan semangat baru terhadap kepimpinan umat Islam. Mengambil peluang dalam sesi forum tersebut, Erdogan telah mengecam Isreal secara terbuka di medan diplomatik. Kecewa dengan sikap moderator forum yang aku yakin semacam mimpi serupa dengan Isreal, Erdogan bukan sahaja mengkritik keras secara terbuka tetapi tindakan meninggalkan sidang yang belum selesai sempurna memberikan isyarat betapa kecewanya pemimpin Islam ini terhadap institusi antarabangsa. Sikap dan juga kekecewaan beliau ini terpancar apabila beliau menyatakan ..."Thank you very much...so I don't think I'll come back to Davos after this." Berapa ramaikah pemimpin dunia Islam yang berani dan secara terang, terbuka dan bertentang mata menyatakan pendirian mengutuk kekejaman Isreal. Kini, sekurang-kurangnya hati aku sedikit tenang dan gembira kerana aku mencari pemimpin dunia Islam di saat Gaza memerlukan, ku cari mana Ghadaffi, Al-Malek, Fadh, Abdullah, .... rupanya ada Erdogan di Davos...

Video klip di bawah memaparkan adegan drastik Erdogan yang akhirnya hanya mampu disokong secara moral oleh Setiausaha Liga Arab.



Erdogan juga tatkala meninggalkan Davos dan kembali ke Turki, telah disambut secara besar-besaran oleh rakyat Turki yang menganggapnya sebagai wira. Untuk tonton berita tersebut klik di SINI.


3 comments:

Anonymous said...

Hello, as you can see this is my first post here.
Hope to get any help from you if I will have some quesitons.
Thanks in advance and good luck! :)

Anonymous said...

There are different opinions on this. I enjoyed your viewpoint.

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu