atu lagi teknologi yang boleh menyalurkan data/maklumat antara peralatan teknologi komunikasi dan maklumat dengan keupayaan 6Gps (Gigabait per saat) dalam proses akhir pengenalannya. Usahasama Microsoft, Intel, Dell, Nokia, Samsung, LG dan Panasonic yang menghasilkan teknologi Wireless Gigabait Alliance (WiGig) dijangka akan diuji-nilai pada penghujung tahun ini dan bakal berada dipasarkan selewat-lewatnya penghujung tahun 2010. Teknologi ini yang direka untuk kegunaan kediaman bakal berfungsi mengintergrasikan peralatan-peralatan teknologi komunikasi di rumah. Sebagai contoh, WiGig bakal menyalurkan atau memindahkan data secara timbal balik di antara televisyen digital, pemain cakera padat, komputer peribadi, komputer riba, kamera digital, perakaman video dgital dan sebagainya tanpa memerlukan kabel.Sunday, May 17, 2009
Revolusi Tanpa Kabel - WiGig
atu lagi teknologi yang boleh menyalurkan data/maklumat antara peralatan teknologi komunikasi dan maklumat dengan keupayaan 6Gps (Gigabait per saat) dalam proses akhir pengenalannya. Usahasama Microsoft, Intel, Dell, Nokia, Samsung, LG dan Panasonic yang menghasilkan teknologi Wireless Gigabait Alliance (WiGig) dijangka akan diuji-nilai pada penghujung tahun ini dan bakal berada dipasarkan selewat-lewatnya penghujung tahun 2010. Teknologi ini yang direka untuk kegunaan kediaman bakal berfungsi mengintergrasikan peralatan-peralatan teknologi komunikasi di rumah. Sebagai contoh, WiGig bakal menyalurkan atau memindahkan data secara timbal balik di antara televisyen digital, pemain cakera padat, komputer peribadi, komputer riba, kamera digital, perakaman video dgital dan sebagainya tanpa memerlukan kabel.Saturday, May 16, 2009
Punca Dan Masalah Ekonomi Dunia...
Selama hidup masuk dekad yang keempat, sudah 3 kali dirasai kesan yang dimaksudkan kemelesetan ekonomi. Kali pertama terasa akan masalah ekonomi ini adalah sekitar lewat tahun 1980an. Ketika itu aku masih lagi kanak-kanak dan baru beberapa tahun memulakan persekolahan. Kenapa diri ini masih ingat peristiwa itu walaupun usia aku baru kanak-kanak...sebabnya perasaan malu senantiasa menghantui kesan kemurungan ekonomi pada ketika itu. Aku adalah antara pelajar yang lewat menjelaskan yuran persekolahan, lewat bayar yuran peperiksaan, dari berpengangkutan beca akhirnya hanya berjalan kaki ke sekolah...apabila masuk tahun baru persekolahan baju sekolah kami adik beradik bertukar dari yang dipakai si abang beralih kepada si adik. Kasut sekolah yang harus berwarna putih bertukar menjadi hampir kekuningan jika tidak ditompokkan dengan kapur putih. Ada kalanya kapur untuk guru menulis di papan hijau digunakan untuk memutihkan kasut apabila Penolong Kanan atau Guru Besar buat 'spo check'. Sehingga tamat sekolah rendah sekitar lewat 1980an, wang saku yang termampu emak/ayah beri hanyalah maksimum 20 sen tetapi secara puratanya sekadar 10sen. Mujurlah pada ketika itu ada rancangan makanan tambahan, pada waktu rehat dapatlah sepinggan nasi/mee/bihun/bubur. Seminggu sekali merasalah 'susu segar'. Ayah dari berkerja kerani di bank akhirnya terpaksa menjadi tukang cuci kereta. Itulah kenangan pertama kali aku mengenali apa itu kemelesatan ekonomi. Bila hari raya sedih lihat emak ayah berusaha pulun buat kerja untuk kami adik beradik sambut raya dengan baju baru. Esok lusa nak raya, petang itu baru beli baju baru adalah lumrah.Monday, May 11, 2009
Bukan Sukan Tapi Sahsiah Berminda
Saturday, May 09, 2009
NVivo Make You Enjoy Doing Qualitative Research
4 years ago, I've set my PhD journey maximum of 38 months. However after 6 months I sailed on it, this unpredictable journey has warned me that I may need more time. Never across in my mind that I may end up shifting my epistemology and methodology to qualitative research paradigm. But as a Muslim, I take it positively and remind myself that my God won't throw me into something that I'm not able to survive. There always wisdom and lessons to be learnt of what had happen to ourselves.
It is not an easy situation for me who has been trained and so use to quantitative method and then has to travel with other method in this journey. At first I can’t imagine how I am going to manage the qualitative data. Furthermore, I have to work with in-depth interviews, radio programs, and focus group interviews. It is not make sense to convert those data into something that can be quantify and analyse using quantitative method.
At last I found a remedy for all my worries. Thanks to QSR for their latest qualitative analysis software namely NVivo version 8. Never in my mind NVivo will be my companion in my PhD. Knowing that I’m out of time to manage and analyse the data, I really need best technique and method to help me out. With very limited experience and knowledge about the software, I put my full effort to learn as much as I can about the software. The latest version, really awesome… It ability to do coding directly from the raw source of data such recorded audio and video interviews as well on many types of document, has make NVivo do the impossible just got possible. Besides that, findings and the data analysis results can be presented in many formats such as charts, table, graph, matrix and model.
For those who’re engaged qualitative method in their research, I strongly recommended NVivo to assist you managing and analysing your data. Some interactive tutorial about NVivo software can be access via this link. Big thanks also to the co-founder of this software, Lyn Richards, who has produce a tutorial to teach us in more easy and practical way on how to use this software. Her tutorial can be download here.
Sunday, May 03, 2009
Ada Apa Sekitar Puduraya
Masih lagi aku ingat, tatkala berjalan dari stesen bas Pudu ke Masjid Jamek, suara-suara Melayu keIndonesiaan berbunyi sana sini bertanyakan mahu ke mana. Aku tampar pipi kanan-kiri nak dapat kepastian sama ada aku bermimpi berada di Jakarta atau Medan atau memang di Kuala Lumpur. Setelah menjejak kaki ke dalam masjid, aku yakin bahawa aku memang berada di Kuala Lumpur. Setelah selesai solat dan berehat seketika (pukul 6.45am) penjaga masjid telah mempersilakan kami yang lepak sekitar masjid untuk keluar. Lalu akupun menapak kaki menuju ke sebuah restoran mamak. "Tolong buat sama saya roti telor satu sama teh tarik", pinta aku apabila rebah duduk di kerusi. "Itu saja ...boss", jawab pembantu restoran itu dengan bahasa Melayu dialek keBanglaan. Fuhhhh...kedai mamak pun dah pakai pekerja antarabangsa.
Lepas makan...aku berjalan menuju ke kaunter tiket bas ekspress untuk dapatkan tiket balik malam nanti. Lepas itu aku bergerak pula ke beberapa gerai surat-khabar untuk mendapatkan beberapa penerbitan yang pastinya tak dapat di Australia ini. Aku geleng kepala, dah kaya atau semua orang Malaysia sekarang ni dah kerja hebat-hebat belaka kah? Mana tidaknya, yang jaga kaunter tiket bas ekspress kepunyaan satu konglomerat besar Malaysia tu wanita Indonesia...yang jaga gerai empunya India atau Cina Malaysia tu pun wanita Indonesia. Setakat 5.30 pagi hingga 8.15 pagi aku banyak berurus cakap dengan pekerja antarabangsa di sekitar Puduraya.
Setelah kerja-kerja kutipan data dan menemuramah beberapa responden selesai, lewat petang itu ke Low Yat Plaza...destinasi wajib walaupun tak membeli apa-apa pun. Di Low Yat, pun suasananya sama juga seperti yang aku hadapi sebelah pagi tadi. Namun kali ini ramai juga mereka yang membeli terdiri daripada rakan-rakan dari Indonesia, Bangladesh dan pelbagai lagi warga negara asing. Setelah selesai meninjau-ninjau dan tak membeli apapun...sebab harga di Australia hampir serupa malah aku sifatkan murah lagi. Kenapa? Bukankah barangan komputer di Malaysia bebas cukai sedangkan di Australia, cukai perkhidmatan kerajaan (GST) sebanyak 10% dikenakan. Ya memang, di Australia berdasarkan perbandingan cukai itu lagi murah harganya. Lebih lagi dari segi kualiti pula.
Setelah selesai berjemaah Maghrib di Masjid Jamek, aku pun menuju ke Petaling Street. Kali ini yang menyapa dan menawar kepada aku barangan untuk dijual muka dan bahasanya menunjukkan mereka ini dari Bruma pula. Malah ada yang dari Nepal apabila aku berborak dengan mereka. Ya, mereka ini adalah pekerja yang menggantikan apek-apek dan nyonya-nyonya yang mungkin sudah buat keputusan berehat di rumah. Tapi di Petaling Street ini bezanya, ramai dikalangan mereka pandai cakap 'London' (bahasa Inggeris). Bila aku sebut aku lah ni duduk di Brisbane dengan selamba mereka jerit 'Hi Mate'.
Begitulah suasana dan persekitaran sekitar Puduraya. Jarang sangat aku jumpa orang Malaysia jati disitu. Kadangkala rasanya bila ke Puduraya tu, terasa diri ini 'orang besar' dan 'hebat' sebab orang-orang yang setia di Puduraya itu cari rezeki di Malaysia. Pastinya mereka ini akan bermanis muka di depan kita lebih-lebih lagi bila kita membeli jualan mereka. Kalau para pemimpin kita ke sana pastinya disambut hebat macam raja. Sejak aku duduk di Brisbane ini ramai juga pemimpin negara yang berkunjung dan bercuti di Gold Coast, namun berapa ramai mereka yang datang berjumpa pelajar di sini boleh kira dengan jari walaupun jumlah mereka lebih dari jari tangan dan kaki.