"Muhyiddin said he hoped parents would also agree with the review of the curriculum to make sports important or it might lead to a system that only aimed at students scoring 20As'" (The Star-10 May 2009)
Melawatlah anda ke negara-negara maju yang berkurun tamadunnya dan anda akan ragui intipati berita tersebut di atas. Memandangkan hujah saya ini berasaskan penuh kepada laporan media tersebut (yang saya sendiri kurang yakin kebolehpercayaannya-tetapi tiada alternatif), saya berpendapat yang harus dipentingkan dalam merangka semula sistem pendidikan wajib di Malaysia ialah pembentukan sahsiah berminda dalam keseluruhan sistem pendidikan. Matlamat sekolah adalah untuk membina jati diri di samping membina pemikiran. Namun apa yang berlaku dalam sistem persekolah di Malaysia ialah pelajar digelojohkan dengan maklumat kerana dinilai pencapaian pelajar secara tahap ilmu tetapi bukannya tahap pemikiran...hilangnya elemen logos, etos dan patos.
Untuk menjadikan pendidikan sebagai suatu yang merangsang, 'edutainment' menerusi penerjaan sukan saya anggapnya sebagai suatu yang betul tetapi tidak menjawab permasalahan sebenar. Sebaliknya, langkah merayakan (menjadikan sukan sebagai gerakan massa) sukan perlu disokong tetapi sukan sebagai kunci penting dalam merekayasa sistem pendidikan adalah suatu yang tidak menjanjikan hasrat. Sukan penting kepada kanak-kanak sekolah sebagai pemupukan budaya hidup sihat bukannya sebagai kaedah pelajaran. Sebaliknya 'edutainment' perlu dihasilkan dalam keseluruhan proses pengajaran. 'Edutainment' perlu ada dalam subjek matematik, sains, bahasa, dan sebagainya. Menganggap sukan sebagai 'baja' umpama pemikiran petani malas lagi tidak berilmu kalau pada asasnya air dan matahari tiada! Pertanian tidak ke mana kalau yang menjadi pertaruhan adalah baja sedangkan asas utamanya air dan matahari tidak diberi tumpuan.
Untuk itu, yang perlu kepada matlamat akhir pendidikan adalah sahsiah berminda...yakni kita membentuk insan yang padanya dan aksinya berasaskan gerakan minda. Hakikatnya sukan juga memerlukan kepada pembentukan perilaku berminda.
No comments:
Post a Comment