Sejak 2-3 minggu ni ramai orang bercakap tentang berjalan-jalan di Puduraya. Selapas lebih 2 tahun tidak pulang ke Malaysia, pada penghujung tahun 2007 aku pun balik pulang ke Malaysia. Pulang dengan niat bukan untuk balik Malaysia, tapi kerja-kerja berlonggok kena bereskan di Malaysia. Tatkala beberapa bulan di Malaysia, Kuala Lumpur telah jadi lubuk untuk cari data kajian. Boleh dikatakan pada awal 2008, tiap minggu ke Kuala Lumpur. Satu destinasi yang pasti adalah stesen bas di Puduraya. Nampaknya setelah 2 tahun tinggalkan Malaysia aku amat terasa akan perubahan bila sampai di Kuala Lumpur dengan bas ekspres. Seperti biasa destinasi pertama aku meluru ialah Masjid Jamek. Tiap kali berada di sekitar Masjid Jamek, pasti akan terbayang kisah-kisah 1998. Selalunya di Masjid Jameklah tempat aku mandi dan seterusnya tunaikan solat subuh sebelum menanti 2 jam lagi untuk bergerak melaksanakan tugas-tugas.
Masih lagi aku ingat, tatkala berjalan dari stesen bas Pudu ke Masjid Jamek, suara-suara Melayu keIndonesiaan berbunyi sana sini bertanyakan mahu ke mana. Aku tampar pipi kanan-kiri nak dapat kepastian sama ada aku bermimpi berada di Jakarta atau Medan atau memang di Kuala Lumpur. Setelah menjejak kaki ke dalam masjid, aku yakin bahawa aku memang berada di Kuala Lumpur. Setelah selesai solat dan berehat seketika (pukul 6.45am) penjaga masjid telah mempersilakan kami yang lepak sekitar masjid untuk keluar. Lalu akupun menapak kaki menuju ke sebuah restoran mamak. "Tolong buat sama saya roti telor satu sama teh tarik", pinta aku apabila rebah duduk di kerusi. "Itu saja ...boss", jawab pembantu restoran itu dengan bahasa Melayu dialek keBanglaan. Fuhhhh...kedai mamak pun dah pakai pekerja antarabangsa.
Lepas makan...aku berjalan menuju ke kaunter tiket bas ekspress untuk dapatkan tiket balik malam nanti. Lepas itu aku bergerak pula ke beberapa gerai surat-khabar untuk mendapatkan beberapa penerbitan yang pastinya tak dapat di Australia ini. Aku geleng kepala, dah kaya atau semua orang Malaysia sekarang ni dah kerja hebat-hebat belaka kah? Mana tidaknya, yang jaga kaunter tiket bas ekspress kepunyaan satu konglomerat besar Malaysia tu wanita Indonesia...yang jaga gerai empunya India atau Cina Malaysia tu pun wanita Indonesia. Setakat 5.30 pagi hingga 8.15 pagi aku banyak berurus cakap dengan pekerja antarabangsa di sekitar Puduraya.
Setelah kerja-kerja kutipan data dan menemuramah beberapa responden selesai, lewat petang itu ke Low Yat Plaza...destinasi wajib walaupun tak membeli apa-apa pun. Di Low Yat, pun suasananya sama juga seperti yang aku hadapi sebelah pagi tadi. Namun kali ini ramai juga mereka yang membeli terdiri daripada rakan-rakan dari Indonesia, Bangladesh dan pelbagai lagi warga negara asing. Setelah selesai meninjau-ninjau dan tak membeli apapun...sebab harga di Australia hampir serupa malah aku sifatkan murah lagi. Kenapa? Bukankah barangan komputer di Malaysia bebas cukai sedangkan di Australia, cukai perkhidmatan kerajaan (GST) sebanyak 10% dikenakan. Ya memang, di Australia berdasarkan perbandingan cukai itu lagi murah harganya. Lebih lagi dari segi kualiti pula.
Setelah selesai berjemaah Maghrib di Masjid Jamek, aku pun menuju ke Petaling Street. Kali ini yang menyapa dan menawar kepada aku barangan untuk dijual muka dan bahasanya menunjukkan mereka ini dari Bruma pula. Malah ada yang dari Nepal apabila aku berborak dengan mereka. Ya, mereka ini adalah pekerja yang menggantikan apek-apek dan nyonya-nyonya yang mungkin sudah buat keputusan berehat di rumah. Tapi di Petaling Street ini bezanya, ramai dikalangan mereka pandai cakap 'London' (bahasa Inggeris). Bila aku sebut aku lah ni duduk di Brisbane dengan selamba mereka jerit 'Hi Mate'.
Begitulah suasana dan persekitaran sekitar Puduraya. Jarang sangat aku jumpa orang Malaysia jati disitu. Kadangkala rasanya bila ke Puduraya tu, terasa diri ini 'orang besar' dan 'hebat' sebab orang-orang yang setia di Puduraya itu cari rezeki di Malaysia. Pastinya mereka ini akan bermanis muka di depan kita lebih-lebih lagi bila kita membeli jualan mereka. Kalau para pemimpin kita ke sana pastinya disambut hebat macam raja. Sejak aku duduk di Brisbane ini ramai juga pemimpin negara yang berkunjung dan bercuti di Gold Coast, namun berapa ramai mereka yang datang berjumpa pelajar di sini boleh kira dengan jari walaupun jumlah mereka lebih dari jari tangan dan kaki.

No comments:
Post a Comment